Tokoh Wartawan Negara 2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini.
Perkara itu disahkan isteri Allahyarham Datin Noraini Shariff, dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Seksyen 7 Shah Alam, Selangor pada 9.30 pagi, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21.