Perdana Menteri menegaskan hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut.
Beliau berkata dalam berdepan beberapa isu berbangkit, semua jemaah Kabinet tiada masalah persefahaman dalam membincangkan sebarang isu.