Kerajaan Negeri Johor menyeru Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) agar meningkatkan kualiti infrastruktur pendidikan di kawasan tanah rancangannya.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini akan meningkatkan mutu pendidikan dalam kalangan anak-anak Felda yang boleh menyumbang kepada pembangunan Felda di seluruh negara.