KUALA LUMPUR, 17 Mei – Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) akan menganjurkan pameran Malaysia Autoshow 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada 22 hingga 26 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MARii Azrul Reza Aziz berkata edisi tahun ini bakal menyaksikan pelancaran lebih 45 kereta dan motosikal selain acara lain seperti forum perniagaan.

“Kami juga akan menganjurkan Sidang Kemuncak Automotif bersempena 50 tahun hubungan Malaysia-China, Forum Persekitaran Automotif Asia (AAEF) ke-13, Anugerah Grand Prix MyMAP 2024 serta forum dan padanan perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kira-kira 200 jenama dan pempamer akan mengisi ruang pameran berkeluasan lebih 40,000 meter persegi di MAEPS dengan pengunjung berpeluang menyaksikan model terkini hingga keluaran akan datang.

Pameran Malaysia Autoshow 2024 juga menampilkan pelbagai tarikan dan aktiviti bagi semua peringkat umur seperti laluan pandu uji, trek pacuan empat roda, van perkhemahan dan kenderaan tentera dan Festival Gourmet Antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here