ISTANBUL, 19 Mei – Perdana Menteri Poland, Donald Tusk mengumumkan bahawa negaranya akan melabur US$2.5 bilion untuk memperkukuh keselamatan di sepanjang sempadannya dengan Rusia dan Belarus, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik agensi berita negara PAP.

Tusk berkata rancangan untuk projek Shield-East bertujuan untuk memperkuat pos kawalan tentera dan membina kubu pertahanan di sepanjang sempadan.

“Kami telah memutuskan untuk memperuntukkan PLN 10 bilion untuk meningkatkan keselamatan kami dan, yang paling penting, memastikan sempadan timur yang selamat. Kami sedang melaksanakan projek besar untuk membina sempadan yang diperkukuh, menjadikannya tidak dapat dilalui oleh mana-mana musuh yang berpotensi,” katanya.

Pengumuman ini dibuat selepas kerajaan terdahulu membina tembok di sepanjang sempadan Belarus, yang menelan belanja US$400 juta, untuk membendung kemasukan pendatang haram semasa perang Rusia-Ukraine.

Tusk menuduh Belarus meningkatkan “perang hibrid” dengan Barat dengan menggalakkan migrasi haram ke Kesatuan Eropah melalui Poland.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here