Sesi promosi pengambilan pekerja “National Recruitment Action 2024” yang juga upacara pelancaran penggambaran program “Kuliah Pertama Karier” diadakan di Beijing pada Isnin. 

“National Recruitment Action” yang dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan jabatan-jabatan kerajaan berkaitan telah diadakan sebanyak lima kali, melibatkan 50,000 syarikat yang menawarkan lima juga pos kerja. 

Presiden CMG Shen Haixiong ketika berucap pada upacara tersebut berkata, Presiden China Xi Jinping menyatakan bahawa pengambilan pekerja sentiasa merupakan tumpuan ramai kerana ia berkait rapat dengan kehidupan jutaan keluarga dan harus diutamakan pada bila-bila masa.  

“Dalam tempoh lima tahun lalu, ‘National Recruitment Action’  telah menjadi platform penting bagi graduan institut pengajian tinggi (IPT) untuk mencari pekerjaan,” kata Shen.

Beliau berkata, “National Recruitment Action” telah dirangkumi dalam rancangan pembangunan sosioekonomi negara pada 2023, sekali gus membuka lembaran baharu untuk membina projek pengambilan pekerja peringkat kebangsaan bagi golongan muda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here