JAKARTA, 29 Mei – Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia telah memberi amaran mengenai potensi kemarau dan kebakaran tanah gambut ketika musim kemarau sudah bermula di beberapa wilayah di negara itu, lapor Xinhua.

Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati pada Selasa berkata 19 peratus daripada wilayah Indonesia telah memasuki musim kemarau, terutamanya Aceh, Sumatera Utara, Riau, Jawa Barat dan Daerah Istimewa Yogyakarta.

Sementara itu, beliau berkata beberapa wilayah lain di Jawa dan Bali akan memasuki musim kering dalam tempoh tiga minggu akan datang serta kawasan itu telah mengalami sekurang-kurangnya 20 hari tanpa hujan.

Karnawati menggesa pihak berkuasa berkaitan untuk menyediakan langkah-langkah pencegahan dan mitigasi kerana kebanyakan bahagian di negara itu dijangka menghadapi kemarau sehingga September.

BMKG juga mengesyorkan agar mereka menggunakan teknologi pengubahsuaian cuaca untuk mengisi takungan di kawasan yang mungkin mengalami kemarau dan mula membasahi tanah gambut yang terdedah kepada kebakaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here