NEW DELHI, 29 Mei – Menteri kesihatan Malaysia dan Maldives pada Selasa mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dalam bidang perubatan.

Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan rakan sejawatannya dari Maldives Dr Abdulla Khaleel bertemu di Geneva di luar Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-77.

Abdulla menyifatkan pertemuan beliau dengan Dzulkefly sebagai “produktif”.

Maldives sedang mendapatkan sokongan Malaysia dalam sektor perubatan.

“Kami membincangkan sokongan penting untuk program perubatan kami, termasuk latihan untuk doktor Maldives di Malaysia, biasiswa, program pertukaran dan pendidikan perubatan berterusan (untuk profesional Maldives),” kata menteri Maldives itu dalam catatan di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here