KUCHING, 30 Mei – Pemimpin Dayak Sarawak bersama-sama menganjurkan Rumah Terbuka Gawai Dayak pada 1 Jun di Pusat Konvensyen Borneo Kuching( BCCK) di sini.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata acara itu bermula dari 10 pagi hingga 4 petang.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Jaafar dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara tetamu yang dijangka hadir pada acara itu.

“Ahli Kabinet negeri serta pasangan mereka dan pembesar tempatan juga dijangka hadir. Orang ramai juga dipelawa untuk menghadiri rumah terbuka itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Uggah dalam perutusan ringkas sempena sambutan Gawai Dayak, berharap mereka yang akan pulang ke kampung berhati-hati ketika memandu dan menyemak ramalan cuaca.

“Jika hujan, semua perlu berhati-hati terhadap kemungkinan berlakunya banjir atau tanah runtuh. Pastikan juga kenderaan anda dalam keadaan baik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here