BEIJING, 4 Jun – Kereta api berkelajuan biasa masing-masing menyambungkan Beijing dan Shanghai dengan wilayah Hong Kong (HK), akan dinaik taraf menjadi kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang dilengkapi tempat tidur, menurut Kumpulan Kereta Api Negara China (China Railway).

Kereta api Z97/98 dan Z99/100 yang masing-masing berjalan antara Stesen Barat Beijing dan Stesen Shanghai dengan Stesen Hung Hom HK akan digantikan dengan HSR D909/910 dan D907/908 bermula 15 Jun ini.

Masa perjalanan dari Beijing ke HK akan dipendekkan daripada 24 jam 31 minit kepada 12 jam 34 minit, manakala Shanghai daripada 19 jam 34 minit kepada 11 jam14 minit.

HSR yang bertolak dari Beijing dan Shanghai pada waktu petang dan sampai ke HK pada pagi keesokan harinya akan banyak memudahkan perjalanan penumpang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here