BEIJING, 7 Jun – Presiden China, Xi Jinping menggalakkan institut pengajian tinggi (IPT) dari China dan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan pertukaran dan kerjasama, menyumbangkan tenaga bagi merapatkan persahabatan kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian dalam surat balasnya kepada Presiden Universiti Kean AS, Lamont Repollet baru-baru ini.

Xi menyatakan, beliau menyaksikan upacara penandatanganan tertubuhnya Universiti Kean Wenzhou yang diusahakan bersama kedua-dua negara pada 2006. Pada masa ini, universiti itu telah mencapai kecemerlangan dan menjadi projek tanda dalam kerjasama pendidikan kedua-dua negara.

Xi berkata, hubungan antara China dengan AS berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara malah masa depan manusia. Manakala pertukaran dan kerjasama pendidikan bermanfaat bagi komunikasi dan hubungan rakyat kedua-dua negara khususnya generasi muda dan ia projek untuk masa depan hubungan dua hala.

Beliau berharap IPT dari kedua-dua negara meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bentuk, memupuk duta kecil yang saling memahami, dan membina lebih banyak jambatan untuk merapatkan hubungan persahabatan kedua-dua negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here