JOHOR BAHRU, 8 Jun – Insentif khas bagi menarik institusi-institusi kewangan dan perbankan ke Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City akan dimuktamadkan pada bulan Ogos tahun ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata perkara itu dibincangkan semasa perjumpaan bersama Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Putrajaya.

“Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan perkembangan dan kemajuan gerak kerja daripada semua pihak yang terlibat. 

“Komitmen dan kerjasama ini membuktikan bahawa kita benar-benar serius dalam mencapai kemajuan untuk negara dan Negeri Johor khususnya,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam hantaran itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah banyak menyokong permohonan Johor mengenai SFZ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here