BEIJING, 9 Jun – Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan resolusi yang diusulkan China untuk menetapkan 10 Jun sebagai Hari Antarabangsa untuk Dialog Tamadun.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong menyatakan bahawa anjuran Presiden China Xi Jinping mengenai Inisiatif Peradaban Global (GCI) pada Mac tahun lalu mendapat sahutan meluas masyarakat manusia.

Fu berkata, sokongan komuniti antarabangsa terhadap penetapan Hari Antarabangsa untuk Dialog Tamadun mencerminkan bahawa GCI selaras dengan trend dan keperluan sezaman. Ia juga membuktikan bahawa falsafah dan pelan penyelesaian China semakin diterima dan menjadi konsensus antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here