KUALA LUMPUR, 13 Jun – Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berharap hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina teris diperkukuh ke peringkat lebih tinggi demi kejayaan dan kesejahteraan kerajaan serta rakyat.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Malaysia pada sambutan Hari Kemerdekaan Filipina ke-126 dan Ulang Tahun ke-60 Hubungan Diplomatik Malaysia-Filipina yang diadakan hari ini.

“Saya telah disambut oleh Puan Yang Terutama Maria Angela A. Ponce, Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia. Wakil kebanyakan negara Asia turut berkumpul untuk meraikan majlis ini yang menampilkan kekayaan sejarah dan budaya dari kedua-dua negara.

“Terima kasih kerana mengundang Kerajaan Malaysia untuk sama-sama meraikan acara bersejarah ini. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada rakyat Republik Filipina! Maligayang Araw ng Kalayaan!” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here