VIENTIANE, 19 Jun – Festival Kraftangan Lao ke-23 akan diadakan di ibu negara Vientiane, untuk mempromosikan produk kraftangan tradisional serta mewujudkan suasana perayaan di bandar itu untuk tarikan pelancong semasa Tahun Melawat Laos 2024, lapor Xinhua. 

Acara itu akan diadakan dari 26 Okt hingga 3 Nov, untuk meraikan Hari Kraftangan Kebangsaan Lao pada 1 Nov, lapor TV kebangsaan Lao pada Selasa.

Festival itu juga akan meraikan pengiktirafan kraf tradisional Laos iaitu tenunan motif naga oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai sebahagian daripada warisan budaya tidak ketara manusia.

Festival itu akan memberi peluang kepada masyarakat tempatan dan pembeli untuk melawat, membeli dan merasai kepelbagaian produk kraftangan Lao, mempamerkan kemahiran tukang Lao, serta mempromosikan produk artisan tempatan dan usahawan kraftangan dari seluruh Laos.

Di samping itu, festival berkenaan akan menyokong dasar kerajaan Lao untuk mengurangkan kemiskinan dan mewujudkan lebih banyak hubungan dengan anggota ASEAN yang lain dari segi kraftangan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here