Sidang media inovasi sains dan teknologi Kumpulan Media China (CMG) untuk menyiaran Sukan Olimpik Paris diadakan di Beijing pada Rabu, memaparkan sepuluh penggunaan inovasi ciptaan CMG sendiri.

Semasa Sukan Olimpik Paris, kenderaan penyiaran definisi ultra tinggi 8K yang dimiliki CMG, yang juga disebut sebagai “Merah China”, akan buat julung-julung kalinya berada di Eropah untuk penyiaran 8K temasya sukan itu.

Kenderaan penyiaran “Merah China” merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta ciptaan sendiri CMG, dan dilengkapi dengan sistem penyiaran di luar yang paling maju di dunia. 

Selain itu, Sukan Olimpik Paris 2024 akan disajikan kepada penonton di serata dunia melalui penyiaran definisi ultra tinggi 8K dan menjanjikan pengalaman audio visual yang luar biasa.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here