BEIJING, 20 Julai – China akan mengenakan duti antilambakan ke atas produk asid propionik yang berasal dari Amerika Syarikat (AS), umum Kementerian Perdagangan pada Jumaat.

Bermula Ahad, duti akan dikenakan pada kadar 43.5 peratus ke atas semua syarikat berkaitan dari AS untuk tempoh lima tahun, menurut kementerian itu.

Industri domestik China telah mengalami kerosakan ketara akibat lambakan produk berkenaan, kata kementerian itu dalam keputusan akhir berdasarkan siasatan antilambakan yang dilancarkan pada Julai 2023.

Asid propionik digunakan terutamanya dalam penghasilan bahan pengawet dan racun rumpai dan digunakan secara meluas dalam makanan, makanan ternakan, dan racun perosak, antara lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here