WASHINGTON, 22 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan beliau akan berundur daripada persaingan pemilihan semula selepas desakan semakin meningkat dalam Parti Demokratnya sendiri, pada Ahad.

Pengunduran Biden sekaligus membuka lembaran baharu Pemilihan Presiden AS selepas beliau menyatakan sokongan kepada Naib Presiden, Kamala Harris untuk mengantikannya sebagai calon parti itu menentang calon Republikan Donald Trump.

Biden, 81, dalam catatan di X berkata, beliau akan kekal dalam peranannya sebagai Presiden dan Ketua Komander sehingga tempohnya berakhir pada Januari 2025.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here