Laporan Inovasi Teknologi Kumpulan Media China (CMG) untuk Siaran Langsung Sukan Olimpik dalam pelbagai bahasa seperti bahasa China, Inggeris dan Perancis telah dikeluarkan di Paris pada Khamis waktu tempatan, dengan disaksikan oleh Presiden CMG, Shen Haixiong dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perkhidmatan Penyiaran Olimpik (OBS), Yiannis Exarchos di Studio CMG di Pusat Penyiaran Antarabangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Laporan versi bahasa China yang terdiri daripada 7 bab itu mempunyai 24,000 perkataan, yang secara terperinci membentangkan proses pembangunan inovatif CMG dalam bidang teknologi definisi ultra tinggi, 5G, kecerdasan buatan, peralatan khas, teknologi awan, teknologi maya dan teknologi audio, dan  secara sistematik menganalisis usaha CMG memberi pernafasan baharu kepada naratif Olimpik berdasarkan amalan teknikal, serta meramalkan kemungkinan tidak terhingga dalam integrasi teknologi media dengan temasya sukan pada masa depan.

Shen Haixiong berkata, penghasilan isyarat awam Sukan Olimpik merupakan kriteria yang tertinggi dalam senario global untuk menguji keupayaan penghasilan dan penyiaran media radio & televisyen serta paras penyiaran tentang kejoanan sukan. CMG dan OBS sejak sekian lama mengekalkan kerjasama yang baik, dan pelbagai teknologi dan peralatan yang dibangunkan CMG telah meletakkan asas yang kukuh bagi penyiaran temasya sukan yang beraneka ragam. Pencapaian terbabit pernah mendapat pengiktirafan dan sanjungan tinggi dari OBS dan rakan media antarabangsa lain.

Shen berharap agar kedua-dua pihak terus memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, mengukuhkan penyelidikan dan pembangunan teknologi frontier dan aplikasi hasilnya dalam penyiaran temasya Olimpik pada masa depan supaya dapat menyumbang kepada usaha membudayakan Olimpik dan menyemarakkan semangat Olimpik.

Yiannis Exarchos memuji prestasti cemerlang yang dilakar CMG dalam sejarah penyiaran  Sukan Olimpik, dan yakin CMG yang hadir dalam penghasilan isyarat 8K bagi Sukan Olimpik musim panas 2024 akan memainkan peranan sebagai peneraju yang lebih besar di persada dunia pada aspek penghasilan program dan siaran langsung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here