BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Brunei mengumumkan bahawa kawasan dalam radius tiga batu nautika (5.56 kilometer) dari lokasi tertentu di negara itu diisytiharkan sebagai ruang udara terhad sementara, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Sabtu.

Kawasan itu termasuk Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, taman terkenal di ibu negara, Bandar Seri Begawan, pada 29 Julai dan 4 Ogos dan Padang Bandaran, Jalan Sultan di Kuala Belait, yang terletak di barat Brunei, pada 30 Julai, menurut DCA yang dipetik oleh akhbar harian tempatan Borneo Bulletin.

Pesawat yang tidak dibenarkan, termasuk kenderaan udara tanpa pemandu, tidak dibenarkan beroperasi di ruang udara terhad dan kegagalan untuk mematuhi peraturan itu dianggap melanggar undang-undang dan peraturan Brunei.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here