BEIJING, 29 Julai – Konktrak pelaburan yang kesemuanya bernilai RMB10 bilion (RM6.38 bilion) lebih termeterai dalam Ekspo China- Asia Selatan (CSA) Ke-8 yang berlangsung selama enam hari dan telah menutup tirainya di bandar Kunming provinsi Yunnan pada Ahad.

Dimaklumkan dalam satu sidang media anjuran jawatankuasa eksekutif ekspo CSA ke-8, pihaknya telah menyaksikan termeterainya kontrak perdagangan yang bernilai RMB8 bilion (RM5.11 bilion) menurut kiraan setakat Sabtu yang melibatkan kedua-dua pasaran domestik dan antarabangsa, dan tercapainya matlamat penjualan sebanyak RMB500 juta (RM319 juta) secara fizikal dan dalam talian.

Dimaklumkan lagi, reruai pameran ditingkatkan kepada 776 daripada 480 buah dalam pavilion untuk pempamer dari Asia Selatan yang sudah ditambah kepada dua yang berjaya menghimpunkan lebih 400 perusahaan serantau. Pelbagai produk yang bercirikan tempatan seperti permadani buatan tangan dan teh merah dari Pakistan, Nepal dan Sri Lanka dilaporkan digemari ramai, dan transaksi penjualan mencecah sebanyak RMB5 juta (RM3.19 juta) di pavilion Asia Selatan menurut kiraan setakat 27, Julai.

Untuk rekod, hampir separuh dari kesemua lebih 2,000 pempamer ekspo edisi kali ini merupakan syarikat asing yang dari 82 buah negara, rantau dan pertubuhan antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here