BEIJING, 30 Julai – SF Airlines telah melancarkan laluan kargo udara antarabangsa yang menghubungkan bandar Shenzhen dan Sanya di selatan China dengan Singapura, syarikat pengendali kargo udara itu mengumumkan pada Isnin, lapor Xinhua.

Sebuah pesawat kargo B767-300 telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bao’an Shenzhen pukul 10.01 malam pada Ahad, memulakan laluan Shenzhen-Singapura-Sanya-Shenzhen, kata SF Airlines.

Satu penerbangan pergi balik dijadualkan setiap minggu di laluan ini, menyediakan kapasiti pengangkutan kargo udara kira-kira 100 tan.

Laluan kargo ini menghubungkan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao dan Pelabuhan Bebas Perdagangan Hainan dengan Singapura.

Barangan eksport yang dikumpul dari seluruh negara akan dihantar ke Singapura melalui laluan ini. Kemudian, barangan import akan dibawa ke Sanya, destinasi pelancongan pantai yang popular di wilayah pesisir selatan China, Hainan, menurut syarikat kargo itu.

Syarikat kargo itu komited untuk memastikan operasi yang stabil bagi laluan baharu ini, yang akan menggalakkan rangkaian logistik dan rantaian industri dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau dan menyuntik vitaliti kepada sambungan Inisiatif Jalur dan Laluan, kata SF Airlines.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here