Presiden China, Xi Jinping mahu usaha dipertingkatkan untuk melindungi warisan budaya dan alam di negara ini.

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menyenaraikan “Paksi Tengah Beijing: Contoh Cemerlang Susun Atur Ideal Ibu Kota China”, “Padang Pasir Badain Jaran — Kumpulan Pasir dan Tasik”, serta “Tempat Habitat Burung Hijrah di Pesisir Pantai Laut Kuning-Teluk Bohai China (Fasa II)” sebagai warisan dunia dalam sesi ke-46 Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang diadakan di New Delhi, India pada Julai lalu. 

Xi dalam arahannya berkata, pengiktirafan UNESCO terhadap tapak warisan dunia di China tersebut membawa erti positif bagi pembinaan pemodenan ala China yang berpaksikan kemajuan selari tamadun material dan tamadun rohani, serta keharmonian antara manusia dan alam. 

Xi juga menekankan pentingnya untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam bidang warisan budaya dan alam, mengambil tindakan praktikal untuk menyumbang kepada pelaksanaan Inisiatif Peradaban Global dan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here