China mengulangi desakan gencatan senjata serta-merta di Gaza, menurut seorang diplomat kanan China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kuasa usaha sementara Misi Tetap China ke PBB Dai Bing berkata, konflik di Gaza sudah berlarutan selama 300 hari, menyebabkan lebih 10,000 wanita terbunuh serta lebih sejuta wanita dan kanak-kanak Palestin terdedah kepada ancaman kebuluran.

Beliau mengulangi gesaan supaya semua pihak bertindak balas terhadap konsensus besar masyarakat antarabangsa dan berusaha ke arah menggerakkan pelaksanaan resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

“Gencatan senjata segera perlu dilakukan di Gaza demi mengakhiri malapetaka kemanusiaan dan menghalang limpahan daripada konflik berkenaan,” kata Dai ketika berucap pada mesyuarat UNSC berhubung komitmen WPS (wanita, keamanan dan keselamatan) dalam konteks penarikan operasi keamanan yang dipercepat.

Beliau turut menekankan bahawa segala usaha untuk mencegah dan merungkai konflik serta mewujudkan persekitaran yang aman damai demi orang awam termasuk golongan wanita, merupakan prasyarat utama bagi memajukan agenda WPS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here