Menteri Luar China, Wang Yi mengutus kawat takniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan sempena Hari Kebangsaan ke-59 republik itu, hari ini.

Wang Yi berkata, Singapura telah mencapai kecemerlangan dalam pembangunan negara dan memainkan peranan membina dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau dalam tempoh 59 tahun lalu. 

Beliau menzahirkan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan rakan sejawatnya dari Singapura untuk melaksanakan konsensus yang tercapai pemimpin kedua-dua negara, mempergiat kerjasama berorientasikan masa depan dalam seluruh aspek dan bermutu tinggi kedua-dua negara, mengukuhkan penyelarasan dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau, selain menggalakkan hubungan China-Singapura dan hubungan China-ASEAN untuk terus mencapai kemajuan baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here