PameranAntarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan  (CIFTIS) 2024 bakal diadakan di Beijing pada 12 hingga 16 September, menurut  satu sidang media yang diadakan di Beijing semalam. 

Pameran yang bertemakan “Perkhidmatan Global, Berkongsi dan Sama Untung” ini melibatkan pellbagai bidang perkhidmatan yang terkait dengan telekomunikasi, komputer dan maklumat, kewangan, pelancongan dan kebudayaan, pendidikan, sukan, rantaian bekalan dan perniagaan, perundingan kejuruteraan dan pembinaan, kesihatan dan alam sekitar. 

Melalui penganjuran sidang kemuncak perdagangan perkhidmatan global, demonstrasi, rundingan, majlis jerayawara, majlis pelancaran hasil baharu, aktiviti sampingan dan   sebagainya, CIFTIS tahun ini akan tertumpu kepada “kuasa produktif kualiti baharu”, dan pencapaian China yang terkini dalam perdagangan perkhidmatan yang berorientasikan pembangunan digital, pintar dan hijau.

Sementara itu, model baharu dan format perniagaan baharu yang terbentuk berdasarkan perkembangan “kuasa produktif kualiti baharu” dalam bidang bidang perkhidmatan moden, pembuatan peringkat tinggi dan pertanian moden, beserta kecerdasan buatan (AI) dan teknologi metaverse, internet satelit, data raya dan kuasa pengkomputeran, teknologi kewangan, budaya dan pelancongan digital, pendidikan pintar, sukan pintar, pembinaan pintar, penjimatan tenaga dan teknologi pengurangan karbon juga akan dijadikan tarikan yang menonjol.

Antaranya, Sidang Kemuncak Perdagangan  Perkhidmatan Global dalam kerangka CIFTIS bertujuan menunjukkan keazaman China untuk meningkatkan tahap keterbukaan kepada dunia luar. 

Perancis selaku tetamu kehormat CIFTIS 2024 akan mengendalikan satu balai pameran kenegaraan yang bertemakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis.

Setakat ini terdapat72 buah negara dan pertubuhan antarabangsa yang sudah terdaftar akan menyertai pameran kali ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here