YANGON, 13 Ogos – Myanmar merancang untuk menubuhkan lapan universiti politeknik pada tahun akademik 2024-25 bagi memupuk bakat serta meningkatkan penyelidikan, pembangunan teknologi dan inovasi di negara ini.

Pengerusi Majlis Pentadbiran Negeri (SAC), Jeneral Senior Min Aung Hlaing membuat kenyataan itu semasa berucap pada majlis sempena Hari Belia Antarabangsa 2024 di Nay Pyi Taw pada Isnin, sambil menekankan kepentingan membangunkan kekuatan fizikal, mental, moral, sosial dan ekonomi negara, menurut laporan itu.

Pada masa ini, kerajaan Myanmar sedang merangka polisi hal ehwal belia untuk melahirkan warga yang berpengetahuan dan berkebolehan.

SAC juga menubuhkan jawatankuasa untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan belia dengan berkesan, menurut laporan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here