DOHA, 13 Ogos – Qatar Charity (QC) telah menghantar 21,500 bungkusan makanan melalui 39 konvoi ke Semenanjung Gaza.

Bantuan itu disediakan dengan kerjasama Pertubuhan Amal Jordan Hashemite dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 orang di Gaza, dengan setiap bungkusan mencukupi untuk menyara keluarga selama sebulan penuh, kata laporan itu.

“Bantuan ini adalah kesinambungan daripada inisiatif Qatar Charity sejak permulaan perang ke atas Gaza. Matlamat kami adalah untuk menyokong saudara dan saudari kami di Gaza dan meringankan penderitaan mereka dengan menyediakan bekalan penting seperti makanan, ubat-ubatan dan tempat tinggal,” laporan itu memetik Mana Al Ansari, pengarah Jabatan Kecemasan dan Bantuan di QC, sebagai berkata.

Jumlah bungkusan makanan yang disediakan oleh pejabat QC di Jordan kini telah mencecah kira-kira 40,000, bersama hampir 15 tan ubat-ubatan dan bekalan perubatan, menurut badan amal itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here