KAHERAH, 16 Ogos – Mesir melancarkan strategi hidrogen rendah karbon kebangsaan pada Khamis, bertujuan memperkukuh ekonomi hijau negara itu dan mencapai matlamat perubahan iklim.

Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly berkata strategi itu sejajar dengan “Wawasan Mesir 2030”, yang akan membantu mempelbagaikan sumber tenaga, mengurangkan pelepasan karbon dan menarik pelaburan asing.

Dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi termasuk Bank Eropah bagi Pembinaan Semula dan Pembangunan, rancangan ini menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran dan penggunaan hidrogen di dalam negara sebelum dieksport.

Inisiatif ini juga bertujuan untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak hampir US$18 bilion dan mewujudkan 100,000 pekerjaan menjelang 2040 serta meningkatkan keselamatan tenaga.

Mesir berhasrat menjadi hab hidrogen hijau global, dengan Zon Ekonomi Terusan Suez memperoleh kontrak bernilai €397 juta untuk mengeksport bahan api hijau ke Eropah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here