Sebuah tren yang sarat dengan muatan antaranya barang keperluan harian, alat ganti kenderaan dan peralatan mekanikal bertolak dari Khorgos, Xinjiang menuju ke Lodz, Poland pada Selasa, menyaksikan jumlah pergerakan tren kargo China-Eropah (Asia Tengah) yang melalui wilayah Xinjiang melebihi angka 10,000 sejak awal tahun ini.

Sasaran itu dicapai 20 hari lebih awal berbanding prestasi direkod pada tahun lepas, sekali gus menyumbang kepada kestabilan rantaian bekalan dan perindustrian antarabangsa dan menyuntik dorongan baharu kepada dagangan China-Eropah.

Permintaan pengangkutan kargo rentas sempadan di Xinjiang terus meningkat berikutan perdagangan luar wilayah di barat daya China itu mengekalkan momentum pertumbuhan mantap.

Sejak Julai, pihak-pihak berkuasa tempatan mengambil pelbagai langkah untuk mengoptimumkan operasi tren kargo China-Eropah dan menambah baik perkhidmatan berkaitan.

Jumlah larian tren kargo yang melalui dua pintu keluar masuk di Xinjiang iaitu Alashankou dan Khorgos mencatatkan pertumbuhan mantap, yang turut menyumbang kepada pembangunan berkualiti ekonomi wilayah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here