SEOUL, 24 Ogos – Seoul mencatatkan malam tropika ke-37 pada musim panas ini, paling banyak dalam sejarah bandar raya itu, menurut agensi cuaca negara pada Sabtu.

Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) berkata Seoul mengalami satu lagi fenomena malam tropika semalaman, menjadikannya jumlah tertinggi dalam setahun sejak cerapan meteorologi moden bermula di bandar itu pada 1907.

Malam tropika merujuk kepada fenomena apabila suhu malam kekal melebihi 25 darjah Celsius dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.

Rekod sebelum ini ialah 36 hari pada 1994.

Pulau peranginan selatan Jeju juga mengalami malam tropika ke-40 berturut-turut, menjadikannya rekod kedua terpanjang.

Menurut KMA, gelombang haba dijangka berterusan sehingga pagi Ahad di kebanyakan kawasan, dengan suhu tinggi harian sekitar 33-35 darjah Celsius.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here