KUALA LUMPUR, 2 Sept – New Zealand dan Malaysia bersetuju untuk meningkatkan nilai perdagangan dua hala sebanyak 15 peratus pada 2030, kata Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon.

Beliau berkata kedua-dua negara juga sedang bekerjasama untuk e-pensijilan dan kerjasama kastam baharu bagi memastikan aliran lancar di sempadan.

“Kami juga telah membincangkan mengenai pengukuhan pautan pendidikan dan pertukaran belia kami supaya generasi New Zealand dan Malaysia akan datang mempunyai hubungan erat yang sama seperti kami nikmati,” katanya.

Luxon berkata demikian semasa sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, pada Isnin.

Beliau kini mengadakan lawatan rasmi di Malaysia dari 1 hingga 3 September, menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

Ini merupakan lawatan pertama Luxon ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2023.

Semasa lawatannya, Luxon bertemu dengan Anwar untuk meneroka usaha baharu bagi mempererat hubungan dua hala, dengan tumpuan khusus bagi mengembangkan kerjasama perdagangan, pelaburan dan pertahanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here