BEIJING, 4 Sept – China dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan mesyuarat kedua Kumpulan Kerja mengenai Meningkatkan Tindakan Iklim menjelang 2020, menurut Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China pada Selasa.

Penasihat Kanan Presiden AS bagi Dasar Iklim Antarabangsa, John Podesta akan melawat China dari 4 hingga 6 Sept dan akan mempengerusikan mesyuarat itu bersama utusan khas China bagi perubahan iklim, Liu Zhenmin.

Kedua-dua pihak dijangka mengadakan perbincangan mengenai kerjasama praktikal dalam kerangka kumpulan kerja, tindakan dasar iklim domestik oleh kedua-dua negara dan usaha pelbagai hala untuk menangani perubahan iklim.

Kumpulan kerja ini diwujudkan untuk melaksanakan konsensus yang dicapai antara kedua-dua ketua negara semasa pertemuan mereka di San Francisco, serta memperkukuh kerjasama antara China dan Amerika Syarikat dalam menangani perubahan iklim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here