Seorang pengaudit yang bertugas di Jabatan Audit Rwanda, Eric Ngirababyeyi, mula melanjutkan pengajian peringkat sarjana jurusan pengauditan di Universiti Audit Nanjing (NAU) setelah mendapat biasiswa tawaran kerajaan China.

Eric dan rakan sekelasnya berpeluang menimba ilmu audit yang maju di NAU, di samping mendapat pendedahan yang terperinci tentang sistem audit yang bercirikan China dan tata kelola yang moden.

Dalam sepucuk surat kepada Presiden China, Xi Jinping, mereka mengucapkan terima kasih atas peluang berharga yang ditawarkan kerajaan China, dan menyatakan akan pulang dengan membawa pengalaman dan ilmu yang ditimba di China untuk kegunaan pembangunan tanah air.

Luar sangkaan, tidak lama lagi mereka menerima sepucuk surat balas daripada Presiden Xi. 

Dalam surat tersebut, Xi berkata, “saya berasa gembira mendengar bahawa setelah menuntut ilmu di China, awak semua telah meningkatkan tahap profesionalisme serta memperdalam pemahaman mengenai sistem audit China, sosialisme yang bercirikan China, dan juga Parti Komunis China melalui pembelajaran kurikulum dan tinjauan di peringkat akar umbi.” 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here