KANGAR, 7 Sept — Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa di tiga pintu masuk negara ini iaitu di Padang Besar, Wang Kelian dan Kuala Perlis dalam usaha mencegah penularan virus cacar monyet atau “mpox”.

Pengarah Kesihatan Perlis Dr Ghazali Chik berkata petugas kesihatan di negeri itu sentiasa bersedia membuat saringan terhadap pengunjung termasuk pengembara berisiko tinggi yang keluar masuk menerusi tiga laluan masuk tersebut bagi melaksanakan proses pencegahan mpox.

“Kumpulan berisiko tinggi seperti dimaklumkan Kementerian Kesihatan terutama dari Afrika dan sebagainya memang akan diberi tumpuan khusus. Bagi mereka yang didapati ataupun disaring memiliki gejala dan tanda seperti mpox memang kita telah sedia ada proses kerja untuk laksana pencegahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here