HANOI, 7 Sept – Persatuan Pengilang Automobil Vietnam telah mencadangkan untuk mengurangkan kadar cukai penggunaan khas ke atas kenderaan elektrik hibrid untuk mencerminkan dengan lebih baik manfaat alam sekitar pelbagai jenis kenderaan, menurut Vietnam News pada Jumaat.

Persatuan itu mencadangkan cukai ke atas kenderaan elektrik hibrid (HEV) perlu kekal pada 70 peratus daripada kadar yang dikenakan ke atas kereta petrol atau diesel konvensional manakala cukai ke atas kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) dikurangkan kepada 50 peratus daripada kadar yang dikenakan ke atas kereta petrol atau diesel berbanding 70 peratus ketika ini.

HEV dan PHEV kurang popular di Vietnam berbanding negara lain.

Menurut persatuan itu, kadar cukai penggunaan khas sedia ada di Vietnam menjadikan dua jenis kenderaan berkenaan 10 peratus hingga 20 peratus lebih mahal berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman biasa.

Pelarasan kadar cukai akan menjadikan HEV dan PHEV lebih menarik dari segi kewangan kepada pengguna yang seterusnya dapat meningkatkan kadar penggunaannya selain menyokong komitmen Vietnam untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here