Senarai 500 syarikat terkemuka China edisi 2024 telah diumumkan oleh Gabungan Perusahaan China dan Persatuan Usahawan China hari ini. 

Keseluruhan pendapatan yang diperoleh 500 syarikat yang teratas dalam senarai itu mencatat sebanyak RMB110.07 trilion (RM67 trilion) pada 2023, meningkat 1.58 peratus berbanding tahun sebelumnya. 

Ambang pendapatan untuk kemasukan dalam senarai 500 syarikat terkemuka itu ialah RMB47.38 bilion (RM28.83 bilion), naik RMB383 juta (RM233 juta) berbanding tahun 2022. 

Peruntukan kewangan sektor korporat terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah ditingkatkan untuk tujuh tahun secara berturut-turut. Nisbah belanjaan R&D dalam keseluruhan pendapatan di syarikat-syarikat yang tersenarai, mencapai paras tertinggi sejak 2002 dengan menokok 1.9 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here