BEIJING, 20 Sept – Kementerian Luar China mengumumkan Keputusan untuk Mengambil Tindakan Balas Terhadap Syarikat Industri Ketenteraan Amerika Syarikat (AS), pada Rabu. 

Dokumen itu berkata, AS sekali lagi mengumumkan akan menjual senjata kepada kawasan Taiwan China pada mutakhir ini. Langkah tersebut membelakangi prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, mencampuri urusan dalaman China, serta menjejaskan kedaulatan dan keutuhan wilayah China.

China memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap sembilan syarikat dari AS, antaranya termasuk membeku harta syarikat terbabit di wilayah China, melarang organisasi dan individu dari China menjalankan urus niaga atau kerjasama dengan syarikat terbabit. 

Keputusan tersebut berkuatkuasakan bermula 18 Sept.

Sembilan syarikat terbabit ialah Sierra Nevada Corporation, Stick Rudder Enterprises LLC, Cubic Corporation, S3 AeroDefense, TCOM Limited Partnership, TextOre, Planate Management Group, ACT1 Federal, dan Exovera. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here