Forum Budaya Beijing 2024 dirasmikan di Beijing pada Khamis. Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC Li Shulei menghadiri forum tersebut dan menyampaikan ucapan.

Para peserta berpendapat bahawa kiriman surat tahniah oleh Presiden Xi Jinping kepada forum itu pada tahun lalu memperlihatkan inspirasi bangsa China yang terbuka dan inklusif, di samping menzahirkan keikhlasan China untuk memperkasakan pertukaran budaya dengan pelbagai negara untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama Insan. 

Mereka menyatakan bahawa fikiran budaya Xi Jinping telah membina monumen penting untuk pembangunan budaya China serta menyumbang kebijakan China kepada pembangunan budaya dan kemajuan tamadun di peringkat global.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here