KUALA LUMPUR, 21 Sept – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu meliputi Perlis dan Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

Selain itu, beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Sri Aman dan Sarikei (Pakan dan Julau) dijangka mengalami fenomena cuaca yang sama.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran itu bagi Sandakan, Sabah merangkumi Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here