YANGON, 23 Sept – Myanmar akan mengadakan Ekspo Perdagangan Antarabangsa Yangon 2024 dari 25 hingga 27 Okt, menurut penganjur U Zarni pada Ahad.  

Acara itu dijangka meningkatkan jualan tempatan dengan promosi istimewa untuk sempena festival cahaya tradisional Thadingyut di negara itu, kata Zarni.

Lebih 180 pameran daripada lebih 100 syarikat tempatan dan antarabangsa, termasuk peserta dari China, Thailand, Malaysia dan India, akan dipamerkan, katanya.

Ekspo itu akan menampilkan pelbagai sektor, termasuk peralatan pembinaan, teknologi solar, bateri dan barangan berkaitan, penjana, kenderaan elektrik, komputer dan produk makanan.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here