Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar Wang Yi bertemu Menteri Luar Lubnan Abdallah Bou Habib di New York pada Isnin.

Wang berkata China teguh menyokong usaha Lubnan dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan maruah bangsanya.

Tidak kira apa jua perubahan yang berlaku dalam situasi antarabangsa, China sentiasa berdiri teguh di sisi keadilan dan saudara dunia Arab termasuk Lubnan, tegas beliau.

Wang turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara besar-besaran oleh Israel terhadap Lubnan dan mengkritik tindakan itu melanggar norma asas hubungan antarabangsa.

 Sementara itu, Habib menzahirkan penghargaan atas kesungguhan China ke arah keamanan di Asia Barat.

Beliau berkata China berjaya menggerakkan perdamaian Arab Saudi-Iran serta dialog antara pelbagai puak Palestin.

Habib berharap China dapat terus memainkan peranan aktif dalam menggerakkan gencatan senjata diwujudkan di Gaza serta di Lubnan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here