KUALA LUMPUR, 1 Okt – Malaysia menyasarkan untuk melengkapkan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini adalah satu daripada dapatan utama berkaitan teknologi yang disasarkan dalam tempoh berkenaan, dan berharap sasaran itu mampu dicapai lebih awal.

“Apabila saya kata 12 bulan, ia cadangan menteri, bagi saya tiada sebab untuk tunggu 12 bulan, sepatutnya enam bulan boleh siap,” katanya ketika berucap pada majlis Mantap Malaysia Bersama AI, A Google For Malaysia Event di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here