BEIJING, 2 Okt – Tokoh bahasa dan persuratan Malaysia, Senator Datuk Seri Prof Dr. Awang Sariyan telah menerima Hadiah Persahabatan Kerajaan China 2024 di Beijing semalam atas sumbangan besar buat beliau dalam mendorong interaksi antara rakyat kedua-dua negara dalam bidang bahasa, pendidikan dan kebudayaan.

Datuk Seri Dr. Awang Sariyan telah meluahkan rasa berbangga dan terima kasih kerana dapat diberi hadiah tersebut.

“China menghargai usaha kami yang mempromosi bahasa Melayu dan kebudayaannya kepada pentas antarabangsa, yang turut dijadikan jambatan persefahaman antara rakyat Malaysia-China dalam tempoh masa 30 tahun yang lalu”, kata beliau.

Datuk Seri Dr. Awang Sariyan menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa Pustaka (DBP) pada 2000, dan dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU) pada 2007.

Majlis Penganugerahan “Hadiah Persahabatan Kerajaan China 2024” diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here