BEIJING, 3 Okt – China menyeru masyarakat antarabangsa, terutamanya negara kuasa besar yang mempunyai pengaruh di rantau itu mengambil tindakan yang tulen untuk memainkan peranan yang membina bagi mengelakkan pergolakan di Asia Barat daripada kian memburuk.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China pada Rabu sebagai respons terhadap serangan darat Israel terhadap selatan Lubnan pada 1 Oktober yang disusuli serangan ketenteraan Iran terhadap Israel pada awal pagi 2 Oktober.   

Jurucakap itu berkata, China amat bimbang terhadap keadaan pergolakan di Asia Barat.

“China menentang tindakan yang mencabuli kedaulatan, menjejaskan keselamatan dan keutuhan wilayah Lubnan dan menolak langkah yang boleh memburukkan konflik dan ketegangan.  

Jurucakap itu menambah, China berpendapat, pergolakan di Asia Barat pusingan kali ini berpunca daripada pertempuran yang berlarutan di Semenanjung Gaza.  

“Semua pihak yang terbabit perlu berusaha untuk mewujudkan dengan segera gencatan senjata yang komprehensif dan berkekalan di Gaza,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here