NEW DELHI, 3 Okt – Kedutaan India di Israel mengeluarkan nasihat meminta rakyat India di negara Yahudi itu untuk sentiasa berwaspada ketika ketegangan di Timur Tengah terus meruncing.

“Sila berhati-hati, elakkan perjalanan yang tidak perlu dalam negara dan sentiasa berada dekat dengan tempat perlindungan keselamatan. Kedutaan sedang memantau keadaan dengan teliti dan kekal berhubung secara berkala dengan pihak berkuasa Israel bagi memastikan keselamatan semua rakyat,” menurut kedutaan India di Tel Aviv pada Selasa.

Jumlah rakyat India di Israel dianggarkan sekitar 26,000 dengan ribuan pekerja India telah direkrut oleh Israel dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Rantau itu berada di ambang perang menyeluruh selepas Israel melancarkan beberapa pembunuhan berprofil tinggi terhadap pemimpin penentangan di tengah-tengah perang genosidnya di Palestin dan Lubnan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here