Dimaklumkan dari Kementerian Pengangkutan China semalam, ketibaan pengembara di peringkat kebangsaan pada hari ketiga cuti Hari Kebangsaan 2024 yang bersamaan dengan 3 hb Oktober meningkat 4.3% tahun ke tahun, dengan mencatat 283.3 juta orang.

Dalam pada itu, ketibaan penumpang kereta api naik 8%, mencatat 17.602 juta orang, manakala ketibaan penumpang melalui pengangkutan kapal pula direkodkan peningkatan 26.7%, mencecah 1.798 juta orang, dan ketibaan penumpang penerbangan naik 12.5%, menokok 2.19 juta.

Selain itu, ketibaan pengembara melalui jalan raya meningkat 3.9% tahun ke tahun dengan mencapai 261.71 juta orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here