SUNGAI SIPUT, 6 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agenda pemerkasaan ekonomi dilaksanakan dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.

Menteri Kewangan itu berkata hal berkenaan termasuk pelaksanaan program pemerkasaan ekonomi kaum India. 

“Saya sebut hal ini di Sungai Siput pada petang ini kerana kita (kerajaan) buat semua ini, tiada langsung penghargaan. Yang ada hanyalah seolah-olah kita tidak peduli.

“Siapa kata (kerajaan) tidak peduli? KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar) ada dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Dalam mesyuarat kalau saya kata miskin tegar, saya kata untuk semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Heawood di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here