JAKARTA, 8 Okt – Indonesia meneruskan usaha evakuasi warganya dari Lubnan berikutan serangan Israel yang semakin meningkat di negara Timur Tengah itu.

Menurut Kementerian Luar Indonesia, 20 warga Indonesia dan seorang warga asing dilaporkan tiba di sini pada pagi Isnin. Warga asing itu merupakan pasangan kepada seorang daripada rakyat yang dievakuasi.

Kesemua mereka diangkut menggunakan pesawat dari Amman, ibu negara Jordan, pada Ahad, katanya.

Kementerian itu juga melaporkan lebih 40 warga Indonesia telah dipindahkan dari ibu negara Lubnan, Beirut, ke Amman.

Lebih ramai lagi yang dievakuasi dijangka tiba di sini pada petang Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here