Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) memutuskan perhubungan jalan raya dan kereta api dengan Korea Selatan bermula hari ini.

Demikian diumumkan Pejabat Ketua Turus Tentera Rakyat DPRK pada Rabu.

Dimaklumkan, DPRK terpaksa mengambil langkah keras seumpama itu sebagai tindak balas bagi memelihara keamanan negara di tengah-tengah situasi ketenteraan yang kritikal seperti latihan tentera penceroboh tidak pernah berhenti di kawasan sempadan Korea Selatan, tambah lagi kehadiran aset strategik nuklear Amerika Syarikat (AS) pada bila-bila masa serta gerak-geri si gila yang menguar-uarkan mahu “menoktahkan rejim” DPRK.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here